YB Dedah Ada Bayi 1 Tahun, 6 Bulan Positif Covid di Semerah
Hampir setiap hari, Pusat Khidmat Rakyat DUN Semerah menerima laporan mengenai keluarga yang terputus mata pencarian rezeki.
Perkara ini amat menyedihkan apatah lagi ia membabitkan anak kecil dan keutuhan intitusi keluarga.
Pada hari ini, gerak kerja bantuan bekalan makanan menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada 5 keluarga yang terjejas pendapatannya.
Mereka ini yang terdiri dari Peniaga Pasar Malam, pekerja binaan dan juga pekerja warung , semuanya tidak dapat meneruskan kerja seperti dahulu.
Juga menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada 2 orang yang mengalami masalah kesihatan. Moga mereka kekal bersemangat dan kembali sihat selepas ini.
Namun, perkara yang paling menghibakan, seorang bayi yang berumur 1 tahun 6 bulan, telah disahkan positif Covid19. Keluarga dan bayi tersebut sedang menjalani kuarantin diri di rumah.
Moga kita semua selamat dan sihat hendaknya dalam menempuh hari mendatang.
Khuzzan Abu Bakar
ADUN Semerah