BPKINI

YB Semerah Bantu Bawa Penduduk Dari Separap ke Parit Raja Suntik Vaksin

Batu Pahat Jun 15, 2021

Wakil rakyat Semerah, YB Khuzzan Abu Bakar sanggup bantu seorang makcik dari Separap ke PPV Dewan Orang Ramai Parit Raja terima vaksin. Ini disebabkan ramai penduduk mengalami kesukaran pergerakan ke PPV bagi temujanji  vaksin.

MOBILISASI PENERIMA VAKSIN (MPV) DUN SEMERAH.

Alhamdulillah, pada hari ini saya selesai membawa seorang penerima vaksin dari Lintang 5, Kg Separap ke PPV Pt Raja.

Saya memulakan perjalanan dari jam 7 pagi bagi memastikan Makcik Hamseh sempat sampai ke PPV pada jam 8 pagi. Bagi urusan pendaftaran dan penerimaan vaksin memakan masa selama 1 jam. Perjalanan pergi dan balik dari Pt Raja ke Kg Separap pula mengambil masa selama 1 jam. Secara keseluruhan, proses untuk penerimaan vaksin Makcik Hamseh mengambil masa selama 3 jam.

Kesimpulanya, proses ini akan memberi kerumitan bagi penerima vaksin yang tiada kenderaan atau lokasi PPV yang terlalu jauh.

Saya memohon kepada JKJAV untuk menaik taraf sistem algoritma dalam penentuan lokasi penerima vaksin.

Kepada Makcik Hamseh, kita berjumpa lagi pada 6hb Julai nanti untuk DOS ke-2.

Semerahlebihbaik

BPFORBP.

Tags

BPKINI