Wanita & Anak Gelang Pink Ditemui Maut, Suami Kuarantin MAEPS

PETALING JAYA: Seorang wanita dan anak perempuannya berusia 5 tahun yang memakai gelang ‘pink’ kuarantin Covid-19 ditemui maut di luar sebuah bangunan di Taman Tenaga, Salak Selatan, Cheras, Kuala Lumpur.

Sejurus selepas kejadian itu dilaporkan, polis mendapati suami wanita itu di kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang, kerana disahkan positif Covid-19.