BPKINI

Walaupun Berlainan Bangsa, Pemuda JB Ini Bantu Makcik Yang Naik Bas Untuk Jual Tisu

Johor Jun 12, 2021

‌Saya terserempak dengan seorang Makcik berdekatan Petron Kg Melayu yang duduk di bawah panas terik tadi.

Saya terus pergi menanyakan khabar,
Makcik ini berasal dari Kg Ungku Mohsin yang menaiki bas dari situ ke Kg Melayu semata mata mencari rezeki hanya dengan menjual tisu. Beliau duduk di tepi jalan dengan cuaca yang panas. Amat sedih melihat keadaan makcik yang tidak menghiraukan situasinya untuk menjual tisu pada usia yang sudah 60an.

Saya hulurkan beg makanan #FoodBankJB kepada beliau dan semasa beredar dari situ, saya sempat melihat makcik berdoa dan menangis sambil memegang beg makanan yang saya berikan. Bantulah kepada yang memerlukan dengan semampu yang boleh.

Saya berdoa kepada Tuhan semoga makcik sentiasa sihat dan tabah mengharungi cabaran harian. Sekiranya kawan-kawan melihat makcik ini atau yang dalam situasi yang serupa, hulurkanlah bantuan yang anda mampu dengan ikhlas.

KomunitiKita #AMKJohor

Kredit Yuneswaran Ramaraj

Tags

BPKINI