Video Matahari Terbit Dari Utara Di Sulawesi, Indonesia Bukan Petanda Kiamat
Matahari Terbit Daripada Utara?
Matahari kini terbit pada belahan utara hemisfera bumi dan bukanlah ia terbit daripada utara. Kesemua bayang objek akan menghala ke arah selatan.
Pada 21 Jun nanti matahari berkedudukan paling kiri di ufuk timur dan kemudiannya akan terbit menghala ke kanan sehingga 21 Dis. (Winter solstice).
Jika kita menghadap tepat ke arah timur, matahari naik di sebelah kiri kita dengan sudut hampir 23.5 darjah.
Matahari hanya terbit pada kedudukan tepat timur pada 21 Mac dan 21 Sept. (Ekuinok).
Daripada video yang tular itu, matahari berada pada belahan utara (bukan terbit daripada utara) dan jika si perakam video berada pada 21 Mac atawa 21 Sept. nanti matahari akan terbit tepat arah timur.
Sebaliknya pada 21 Dis. nanti matahari akan terbit pada arah paling kanan daripada pandangan si perakam video.
Video tidak disertakan dengan arah kompas, boleh mengelirukan orang ramai. Matahari tidak terbit pada satu kedudukan sahaja ia berubah-ubah kedudukan disebabkan orbit membujur bumi mengelilingi matahari. Ia terbit dam terbenan terhad pada 2 kedudukan/posisi. Penting bagi kita mempelajari dan mencerap alam.
"Dialah tuhan (yang memelihara) dua tempat terbit (timur) dan tuhan (yang memelihara) dua tempat terbenam (barat)." Ar-Rahman:17.
Omén Necrofis
18.6.2021