Syed Azmi Dilantik Penasihat NGO Untukmu Malaysia
Idola kebajikan dan kekeluargaan masyarakat Syed Azmi mengumumkan dilantik penasihat Untukmu Malaysia.
Selamat pagi semua. 👏
Kami berbesar hatinya ingin mengumumkan penjawat posisi penting dalam struktur baharu Untuk Malaysia, iaitu Penasihat Untuk Malaysia.
Sebagai sebuah gerakan dan NGO baru, kami perlukan penasihat yang boleh mengatur gerak dan hala tuju, selain pengalaman dan kepakaran mereka yang banyak dan boleh dimanfaatkan.
Tidak lain tidak bukan, orangnya ialah seorang aktivis masyarakat yang dikenali semua, iaitu Saudara Syed Azmi Alhabshi.
Sebelum ini pun, Syed Azmi banyak memberi tunjuk ajar kepada pasukan Untuk Malaysia. Terutama soal selok-belok NGO dan masalah-masalah pendidikan yang mesti diselesaikan.
Banyak projek yang telah disusun atur selepas ini. Nantikan ya. Sedikit hari lagi, kami umumkan.
Kepada Saudara Syed Azmi, terima kasih di atas kesudian. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. 🤲
Kepada mereka yang ingin membantu mendanai projek Untuk Malaysia, boleh berbuat demikian melalui laman web kami:
untukmalaysia.my
Atau melalui akaun Maybank kami:
Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan
564717527213
Terima kasih🙏