Sultan Johor Berangkat Jumpa Raja-Raja Bincang Covid
SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE PERBINCANGAN KHAS MAJLIS RAJA-RAJA
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, hari ini (16 Jun).
Perbincangan berkenaan akan memperhalusi pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para pemimpin parti politik kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sejak 9 Jun baru-baru ini tentang usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh Darurat.
Sultan Johor
Johor
Kredit Royal Office