Stadium Melawati Terjejas, 4000 Positif Bersesak-sesak
SHAH ALAM - Keadaan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati di sini terus sesak dengan kunjungan orang ramai bagi mendapatkan penilaian kesihatan sejak awal pagi pada Selasa.
Tinjauan mendapati keadaan tidak berubah dalam tempoh dua hari ini apabila orang ramai mula menunggu di bawah khemah ketibaan sejak CAC mula dibuka jam 9 pagi.
Pelbagai keadaan pesakit daripada pelbagai peringkat umur dapat diperhatikan termasuk kanak-kanak yang tiba di CAC terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran sebelum masuk ke dalam ruang penilaian.
Terdahulu, lebih 200 petugas di Shah Alam dikesan positif memaksa ditutup satu hari.