Resmi PKP 3.0 Lanjut, PM Bakal Umum Bantuan Rakyat

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa tidak ditamatkan esok.

Perdana Menteri berkata, Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diteruskan sehingga nilai ambang jangkitan harian COVID-19 kurang daripada 4,000 kes.

Beliau berkata, PKP3.0 akan kekal sehingga ketiga-tiga indikator yang ditetapkan terhadap Fasa Pertama PPN dicapai sebelum beralih kepada Fasa Kedua PPN.