BPKINI

Rentas Daerah Sebelum Kantul Ditangkap Berkhalwat

Malaysia Jun 20, 2021

Rentas daerah jumpa kekasih sebelum kantoi berkhalwat

Seorang lelaki sanggup merentas daerah untuk bertemu kekasihnya sebelum kedua-duanya ditahan polis selepas dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium di Butterworth, malam tadi.

Pasangan berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas polis menerima laporan berhubung kegiatan tidak bermoral itu ketika mengadakan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua pasangan itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) untuk siasatan selanjutnya.

Beliau berkata, dalam operasi pematuhan SOP yang dijalankan antara jam 9 malam hingga 12.01 tengah malam itu, polis mengeluarkan 14 kompaun berjumlah RM42,000.

Tags

BPKINI