BPKINI

Pernah Tak Percaya Covid, Lelaki ini Kongsi Cerita Tarung Nyawa

Umum May 22, 2021

Ini REALITI yang harus kita terima dan PATUH demi keselamatan semua, PENGAJARAN pada yang masih ambil mudah;

WASPADALAH SAHABAT YANG AKU SAYANG

Pandangan aku sebelum ni Covid ni tak la bahaya sangat. Ia hanya menyerang orang yang berusia dan berisiko dan hanya ada penyakit² kronik sahaja.Aku ulangi balik, ini pandangan aku sebelum ni ya.

Biasanya aku memang melazimi pergi ke surau untuk solat berjamaah dan tarawih. Kadangkala pakai mask, kadangkala tak pakai langsung. Apa la sangat kan, orang muda. Muda la sangat la kan? 😊

Selepas tu aku demam. Lain macam, dah 7 hari tapi asyik on off je. Tak kebah sepenuhnya. Aku bagitau isteri, ajak dia pergi buat swab test kat hospital.Antara hospital terdekat adalah Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.

Selepas buat ujian saringan dan swab test, aku didapati positive Covid-19. Terus kena warded hari yang sama pada 27/04/2021.

Virus telah menyerang paru-paru. Aku terus dimasukkan ke ICU. Pada ketika ini, aku dah tak tahu apa yang terjadi. Selepas INTUBATE, aku dah tahu apa yang terjadi. Antara sedar dan tak sedar. Mamai, halunisasi, merapu semuanya ada.

Boleh dikatakan aku dah tak upaya nak uruskan diri sendiri. Semuanya Doktor dan petugas ICU yang uruskan. Aku hanya dibenarkan merasa air beberapa ml sahaja. Hanya sekadar nak basahkan tekak. Minum susu melalui hidung. Pengalaman berharga kan?Semuanya kerana takut aku tersedak.

Satu yang boleh katakan kerja diaorang sangat professional. Walaupun aku ni macam-macam kat ICU tu, sekalipun diaorang tak pernah tinggikan suara pada aku. Aku ni dah macam baby. Semuanya diaorang uruskan. Banyaknya ganjaran pahala yang diaorang dapat.Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Tak tahu nak kata apa. Kat ICU tu hanya aku berdoa kepada Allah jua agar beri peluang kepada aku agar dipanjangkan umur. Anak-anak aku masih kecil lagi. Aku hanya mampu berdoa dan istighfar sahaja ketika aku tersedar.

Aku nampak wajah ibu aku, mertua aku, isteri dan anak². Entah bila, aku pun dah ingat, diaorang berikan aku telefon dan isteri dan anak² buat VC  kepada aku. Itulah satu-satunya semangat yang aku dapat.

Ya Allah, engkau berikanlah kekuatan kepadaku. Aku panjangkan lah umur ku. Amal ibadah masih kurang Ya Allah. Bantulah hambaMu ni Ya Allah.‌‌Itulah doaku dari hati yang paling dalam.

Aku mesti kuat,aku mesti bangkit semula.‌‌Doa dari semua dan izin Allah jua yang membuatkan aku bangun kembali.

Selepas 2 minggu di ICU, aku rasa semakin baik tapi masih di bawah pemantauan ketat doktor. Alhamdulillah, aku semakin sihat.

Selepas itu, aku diturunkan ke wad biasa iaitu WAD 8A.

Sudah terlalu panjang aku taip. Nanti jika rajin aku sambung sedikit lagi.

Satu saja aku nak nasihat dan pesan buat sahabat di luar sana. Jangan pandang enteng dengan COVID 19.

Jagalah SOP yang ditetapkan.‌‌Jangan mudah sangat nak bersalam dan berpeluk dan bersentuh dengan siapa saja. Pakai lah facemask kerana melalui air liur pun virus ini boleh merebak.

Aku bercerita berdasarkan pengalaman sendiri. Jika tak kena diri sendiri atau ahli keluarga sendiri anda takkan faham.

Maaf banyak² andai apa yang aku tulis ini ada terkasar bahasa atau mengguriskan sesiapa saja.‌‌Maaf banyak banyak.

Jagalah kesihatan anda kerana kesihatan tiada nilai yang dapat dibeli dengan wang ringgit dan emas permata.

Terima kasih yang tak tak terhingga kepada doktor dan petugas wad ICU yang bertungkus lumus menjaga aku umpama menatang minyak yang penuh begitu juga kepada semua petugas wad 8A dan seluruh warga kerja HTAR dan KKM.

Alhamdulillah aku dah discharge pada 18/05/2021. Lebih kurang 3 minggu kat hospital.

27/04/2021 - 18/05/2021 satu tarikh yang takkan aku lupakan sampai bila bila.Satu tempoh yang sangat terkesan pada diri sendiri.

Terima kasih banyak atas doa semua.

Sekian

Kredit : Suhaimi Abu Bakar

Tags

BPKINI