BPKINI

Pasukan Vaksin Mobil Cakna Beri 198 Dos Suntikan di Mersing

Johor Jun 25, 2021

25.6.2021: Pasukan Mobile vaksin harini telah berjaya memberi 198 dos suntikan kedua kepada penerima warga Mersing.

Pasukan ini terdiri daripada petugas kesihatan PKD Mersing, petugas kesihatan Pergigian Daerah serta mereka dibantu oleh pasukan sukarelawan.

Syabas diucapkan kepada penerima vaksin COVID-19 dan terima kasih kepada semua petugas yang turut serta.

lindungdirilindungsemua

Pejabat Kesihatan Mersing

KitaJagaKita

StandWithJohor

Covid19JohorInfo

Mersing

25 JUN 2021

Tags

BPKINI