BPKINI

Panduan Temujanji Dan Pendaftaran di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Batu Pahat

Batu Pahat Jun 12, 2021

Jom Vaksin Batu Pahat!

Terdapat 2 pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ada di Batu Pahat iaitu PVV di Dewan Jubli Intan dan PVV di Dewan Parit Raja.‌‌PPV tersebut hanya memberi vaksin pada penerima yang mempunyai temujanji dalam mysejahtera atau melalui laman sesawang : http://www.vaksincovid.gov.my.

Ada beberapa kaedah untuk anda mendaftar bagi mendapatkan vaksi. Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana peranti telefon pintar dengan muat turun aplikasi MySejahtera.

Bagi ibu, bapa, anak atau pasangan yang tidak mempunyai telefon pintar dan tidak mempunyai akaun MySejahtera. Bagi kes seperti ini anak-anak atau pasangan yang ada telefon pintar dan MySejahtera,mereka boleh mumbuat tambahan  ibu, bapa dan pasangan dengan membuat tambahan sebagai dependant pada Ikon Vaccination Covid akaun MySejahtera anda.

Bagi yang tiada telefon pintar, anak-anak boleh mendaftarkan ibu bapa dan ahli keluarga warga emas lainnya di laman sesawang http://www.vaksincovid.gov.my atau menghubungi talian @1800-888-828 Terperanjat?? Ya, pendaftaran boleh dilakukan melalui panggilan telefon rumah sahaja. Jadi, sukar ke pendaftaran vaksin ni? Pokoknya, nak ke taknak je.

Lepas pendaftaran apa perlu buat? Tunggu dan semak.

Nak semak dimana? semakan boleh dibuat melalui:

  1. Akaun MySejahtera dalam telefon pintar
  2. Laman sesawang http://www.vaksincovid.gov.my
  3. Talian @1800-888-828.

Sekiranya menggunakan laman sesawang, cari butang semak, apa yang perlu adalah nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftarkan. Kalau dah dapat tarikh, lokasi dan masa pemberian vaksin, silalah 'screenshot' hantar kepada penerima melalui aplikasi 'Whatsapp'. Jika tidak, anda boleh cetak dan penerima akan bawa cetakan itu pada hari beliau diberi temujanji.

Apa lagi kaedah pemberitahuan vaksin ni? Ada lagi. Dengan melalui kaedah SMS pada telefon bimbit, biasanya dia akan hantar sms ; CITF.....pemberian vaksin XXXXX1234 (No Kad Pengenalan belakang), Mohon 'reply SMS Sistem Pesanan Ringkas tersebut. Mereka akan maklumkan lokasi dan tarikh vaksin. Tunjukkan SMS tersebut pada pengawal di PPV.

Itu sahaja ke? Tak, ada lagi

Penerima boleh juga dihubungi melalui panggilan telefon. Tapi kalau takut scammer, mintak ayah ibu hubungi anak untuk semakan di laman sesawang.

Bawalah Kad Pengenalan dan bukti temujanji anda semasa sampai di PPV. Kalau ada MySejahtera, bukalah siap-siap, penuhkan data dan bateri telefon pintar anda. Proses pemberian vaksin akan memerlukan MySejahtera dari mula datang sehingga pulang.

Jab. Pembangunan Masyarakat Dan Korporat‌‌Majlis Perbandaran Batu Pahat

Tags

BPKINI