Ops Patuh Besar-Besaran Mulai 2 Julai
Pelaksanaan Op Patuh secara besar-besaran dan bersepadu di seluruh negara bermula 2 Julai 2021 (Jumaat).
Op Patuh besar-besaran ini akan membabitkan strategi yang lebih drastik melalui pemeriksaan yang lebih ketat serta pemantauan yang lebih menyeluruh dengan penggunaan aset-aset strategik seperti helikopter, dron dan sekatan jalan raya bergerak (mobile roadblock) milik agensi- agensi penguatkuasaan yang terlibat antaranya seperti PDRM, APMM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.