Ops Motorsikal Parit Raja BP, Ramai Sangkut Hari Ini
OPERASI MOTOSIKAL BSPTD BATU PAHAT DI KAWASAN PARIT RAJA.
Pada 02/07/2021 pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Batu Pahat bersama anggota Balai Polis Parit Raja telah menjalankan operasi motosikal di pekan Parit Raja. Operasi dilakukan pagi dan petang.
Operasi memberi tumpuan terhadap kesalahan ubah suai tanpa kelulusan pihak JPJ dan kesalahan tidak memakai topi keledar.
Sebanyak 35 buah motosikal diperiksa dan 34 saman dikeluarkan diatas pelbagai kesalahan. 6 kesalahan tidak memakai topi keledar dan 7 kesalahan ubahsuai Ekzos turut dikesan.
Seorang penghantar Grab Food turut diperiksa dan didapati mengubah suai ekzos dan tiada sistem brek belakang.Tindakan ubah suai ini adalah membahyakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain sekiranya berlaku kecemasan.
Pihak polis menasihatkan agar penunggang motosikal supaya mematuhi peraturan lalulintas terutamanya pemakaian topi keledar dan memastikan motosikal yang digunakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.7 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987.
Operasi akan dilakukan dengan lebih kerap di masa akan datang.