Operasi Motor Rengit Pungut 16 Saman
OPERASI MOTOSIKAL BSPTD BATU PAHAT DI KAWASAN RENGIT.
Batu Pahat,30/06/2021 - Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat bersama anggota Balai Polis Rengit telah menjalankan operasi motosikal di Pekan Rengit.Sebanyak 30 buah motosikal diperiksa dan 16 saman dikeluarkan diatas pelbagai kesalahan, 9 saman diatas kesalahan tidak memakai topi keledar.Operasi dijalankan bagi memberi kesedaran keselamatan dijalan raya terutama penunggang motosikal yang menyumbang tertinggi kepada kemalangan maut.Pihak polis menasihatkan agar penunggang motosikal supaya mematuhi peraturan lalulintas terutamanya pemakaian topi keledar.