MB Hasni Lawat PPV Benut
Pagi ini saya meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Benut yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Benut, Pontian.
Saya dimaklumkan, PPV Benut ini mampu memberi suntikan vaksinasi kepada 500 penerima sehari.
Selain PPV Benut, daerah Pontian turut mempunyai dua lagi pusat vaksinasi, iaitu PPV Dewan Jubli Intan dan PPV Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Pekan Nanas.
Hingga kini, Johor mempunyai 152 PPV.
Dalam pada itu, saya turut menyampaikan replika cek berjumlah RM20 juta kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato' Haji Mohd. Noh Ibrahim bagi membiayai perbelanjaan operasi semua PPV dan Sekatan Jalan Raya (SJR) di negeri ini.
Pemberian sumbangan ini telah saya umumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0, baru-baru ini.
Saya juga menyerahkan sumbangan berjumlah RM15,000 menerusi Pusat Khidmat ADUN Benut kepada Tabung Bencana Daerah Pontian.
Turut hadir dalam kunjungan ke PPV Benut ialah Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato' Dr. Aman Rabu; Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor, Mohd. Tarmizi Dan; Pegawai Daerah Pontian, Tuan Haji Mohd. Rafi Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian, Mohd. Ezzuddin Sanusi.