Bas Ekspres Mayang Sari Jadi PPV di Muar

Muar menempa sejarah apabila menjadikan bas ekspres sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mulai hari ini.

Bas dijadikan sebagai tempat pemberian vaksin #COVID19  bergerak (Mobile Vaccination Unit) di Muar.

PPV ini merupakan PPV pertama yang menggunakan konsep mobile (unit bergerak) di Malaysia dan merupakan inisiatif inovatif oleh Pejabat Daerah Muar, dengan kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan disokong oleh Syarikat Bas Ekspress Mayang Sari.‌‌ Tahniah kepada yang terlibat dalam projek ini dan semoga menjadi contoh utk daerah2 lain di Johor.

Kredit Pejabat Daerah Muar