Lelaki Mengeluh Kerap Kena Tangkap Khawat di Batu Pahat

BATU PAHAT: “Kenapa asyik kami yang kena, pasangan lain tak buat macam ni ke?,”

Itulah rungutan seorang lelaki berusia 30-an setelah dia dan pasangannya ditahan di sebuah bilik sewa di daerah ini.

Dan operasi seperti ini akan lebih kerap dilakukan bagi menghalang perbuatan maksiat, terutamanya dalam kalangan anak muda.

“Kita difahamkan yang pasangan ini tinggal bersama selama setahun di bilik sewa berkenaan.

Selain sering berpindah dari satu bilik sewa ke bilik sewa lain di sekitar daerah ini,” katanya.

Dalam operasi yang diketuai Timbalan Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah itu, mereka terpaksa menunggu selama hampir 10 minit untuk pintu bilik berkenaan dibuka.

Muhammad Husni berkata, pasangan terbabit tidak menunjukkan rasa kesal atau bersalah dan selamba berlagak seperti suami isteri.

“Kedua mereka merupakan warga tempatan dan pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Ia bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

“Pasangan berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997.

Dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.