Lelaki Cuba Bunuh Diri Terjun Flat Jinjang Dipindah ke Pusat Gelandangan KL

Pada 15 Jun terdapat satu video tular di media sosial di mana seorang lelaki berusia 25 tahun cuba untuk terjun daripada tingkat 11 di  PPR Berangin Jinjang, Selangor akibat tertekan kerana tidak mempunyai pekerjaan dan hidup sebatang kara. Selepas insiden tersebut, mungkin ada yang tertanya bagaimanakah nasib Kumaresan selepas ini.

[Update Terkini]

Untuk pengetahuan orang ramai, ingin kami kongsikan berita bahawa dengan hasil bantuan serta kerjasama daripada pihak IPD Sentul, Balai Polis Jinjang, Yayasan Kebajikan Negara @syed azmi, myHarapan dan Projek Belia Mahir, beliau berjaya ditempatkan sementara di Pusat Gelandangan Kuala Lumpur untuk pemulihan dan bantuan seterusnya.

Sekali lagi, terima kasih kepada Yayasan Kebajikan Negara yang mengendalikan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Anda juga boleh menyalurkan bantuan dengan menderma kepada yayasan ini di:

Maybank
No Akaun: 5686 2101 2284
(Nama: Yayasan Kebajikan Negara Malaysia)

Marilah bersama - sama kita jaga kita!!

Kredit kepada:

  1. En Baharin (Yayasan Kebajikan Negara)
  2. IPD Sentul
  3. Balai Polis Jinjang

myharapan #myharapanjedi #youthdevelopment #perniagaansosial #socialbusinesss