Ladang Tereh Mill, Kluang Mula Jalani PKPD Dengan 60 Petugas

11 Jun 2021 (Jumaat)‌‌:: Tinjauan ke Ladang Tereh Mill, Kluang ::

Seramai sekurang-kurangnya 60 orang petugas akan dipertanggungjawabkan bagi memastikan PKPD di Ladang Tereh Mill berjalan lancar. Terima kasih kepada anggota dan pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kluang, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia,  Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kluang,  Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang,  Jabatan Kerja Raya Daerah Kluang,  Pejabat Daerah Kluang, Jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah Kluang, pihak pengurusan ladang dan pihak-pihak yang terlibat dalam PKPD Ladang Tereh Mill. Semoga semua urusan dipermudahkan.

Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

MKN50

MKNJohor

KeepJohorSafe

KitaMestiMenang

BerdiriBersamaJohor