Kilang ST Muar Sudah Ragut 15 Nyawa Termasuk Abang Ini Yang Terbaru

28-07-2021 : Innalillahi wainnailaihi rojiun..

Hari ini sahabat saya Mohd Fuad Yusuf telah menjadi mangsa ke-15 Pekerja STMicroelectronics Tg Agas Muar/Tangkak yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid19 di kilang. Ini tidak termasuk ahli keluarga ayah, ibu, suami, isteri dan anak yang juga telah meninggal dan dikuarantin kerana dijangkiti Kluster STMicroelectronics.

Mudah2an Allah bukakan hati sahabat saya Shahrom Tumin dan pengurus2 kilang yang WFH untuk melihat dan ambil langkah keselamatan dan kebajikan pekerja dari memikirkan pengeluaran.

Pekerja STMicroelectronics Tg Agas yang telah meninggal dunia kerana jangkitan Covid19 di kilang adalah :

  1. Aisyah QC (13-06-2021)
  2. CM PEK SOIC (15-06-2021)
  3. Halita SOIC Cover Block P (14-07-2021)‌‌4.Salimah Ismail FINISHING (15-07-2021)
  4. Abang Lan QFP Assy (16-07-2021)
  5. Kak Yatie FINISHING (17-07-2021)
  6. Norliana QC (16-07-2021)
  7. Esah bte Jaafar QFP (19-07-2021)
  8. Zuraini Paiman NPL (24-07-2021)
  9. Rohani Atan BGA T3 (25-07-2021)‌‌11.Mohd Fizal FINISHING (26-07-2021)
  10. Rahimah Abd Rahman /PSSO EOL (27-07-2021)
  11. Mohd Jasmi bin Nyompah /QFP TEST (27-07-2021)
  12. Zuraimi /PLATING (27-07-2021)
  13. Fuad Yusuf /PLATING (28-07-2021)

Hampir 1,000 pekerja telah dikuarantin, tetapi kilang masih beroperasi seperti biasa. Mohon kerajaan berikan perhatian sebelum ramai lagi yang ‘terbunuh’ di kilang STMicroelectronics.

Takziah buat semua keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah serta Mendiang. Bertabahlah…

Mohon SHARE agar kerajaan dan KKM tahu apa yang berlaku di ST!

Mohd Zan Hj Abu

JagaJarak

jagaSOP