BPKINI

Kibar Bendera Putih, Suri Rumah Desa Mutiara JB Dapat Bantuan

Johor Jul 5, 2021

JOHOR BAHRU - Terdesak disebabkan bekalan makanan dan duit simpanan semakin susut, menjadi antara faktor menyebabkan seorang suri rumah terpaksa mengibarkan bendera putih di hadapan rumahnya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, di sini bagi meminta bantuan.

Menurut Nur Husna Mohd Room, 35, tindakan itu dibuat selepas dia berasa risau memikirkan nasib tiga anaknya yang perlu dijaga, apatah lagi suaminya kini berada di Melaka kerana mencari pekerjaan dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang ke Johor Bahru.

Nur Husna berkata, ketiadaan suami di sisi sejak beberapa bulan lalu, disebabkan penutupan kilang yang memaksa suaminya berhenti kerja, sedikit sebanyak menganggu emosinya sebagai ibu yang perlu mengurus tiga anak secara sendirian.‌‌

Tags

BPKINI