#JusticeForBella Syed Azmi Terpalat Kes Dera OKU Rumah Bonda

JusticeForBella

Bella merupakan seorang kanak-kanak OKU down syndrome berusia 13 tahun. Ketika usianya 7 tahun, beliau dijaga dengan baik di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah.

Tahun lepas ketika usianya 12 tahun, Bella dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak untuk disambung perintah penjagaan di rumah berkenaan. Ketika itulah beliau bertemu dengan Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda. Lalu, Siti Bainun minta hakim bagi peluang kepada beliau untuk jaga Bella. Permohonannya diluluskan.

Apa yang berlaku kepada Bella hingga wujudnya hashtag JusticeForBella? Semuanya bermula bila Puan Mona Din berkongsi kisah menyayat hati Bella bermula 6 Julai lepas di fb beliau.

Lihat sahaja 2 paparan gambar yang saya sertakan ini. Wajah yang penuh keceriaan akhirnya berubah menjadi kemurungan, trauma, keliru serta takut. Badannya penuh dengan kesan parut, tangan kanan dan kiri punyai luka serta kudis yang besar. Apa yang telah berlaku?

Bella dipercayai telah didera! Siapa yang mendera beliau? Masih dalam siasatan pihak polis. Laporan polis telah dibuat pada 24 Jun yang lepas. Hari ini 12 Julai, hampir 3 minggu selepas laporan polis dibuat. Khabarnya, Siti Bainun telah ditahan oleh pihak polis 6 Julai yang lepas. Segala hasil siasatan tidaklah diketahui.

Penasihat Rumah Bonda adalah Tuan Syed Azmi sendiri. Siti Bainun pula adalah pengasas rumah berkenaan. Maka, tak pelik netizen berpusu-pusu menziarahi facebook Syed Azmi bertanya pelbagai soalan yang berkaitan.

Menurut Syed Azmi, Bella tidak tinggal di Rumah Bonda, tetapi tinggal di kondo Siti Bainun. Namun, siaran langsung Wanita Hari ini bertarikh 31 Julai 2020, pada minit ke 19, jelas-jelas terlihat wajah Bella yang ketika itu berada di Rumah Bonda (berbaju oren)  (siaran WHI di sini : https://fb.watch/v/6mQnGg8UD/). Dan faktanya adalah sejak Julai 2020 hingga Oktober 2020, Bella menetap di Rumah Bonda, rumah yang menempatkan remaja hamil luar nikah (Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita sahkan rumah berkenaan tidak berdaftar). Selepas itu baru berpindah ke kondo Siti Bainun di Wangsa Maju sehinggalah Bella ditemui dalam keadaan demikian pada 23 Jun yang lepas.

Siti Bainun juga menjaga 6 lagi kanak-kanak yang lain, dengan 2 orang sama seperti Bella, kanak-kanak OKU. Bayangkan, jaga anak angkat di rumah sendiri disamping menjaga para remaja di Rumah Bonda. Macam mana nak handle tu? Lagi pula beliau bujang. Macam mana boleh dapat kelulusan untuk jaga tu?

So, sekarang ni siapa yang dera Bella? Saya memegang premis sama seperti Cikgu Mohd Fadli Salleh, biar polis yang siasat. Kami menaruh sepenuh kepercayaan kepada pihak polis dalam isu ini!

Saya ada juga terbaca komen, katanya Bella terkena air panas. Takkanlah terkena air panas sampai jadi macam tu sekali? Tak logik langsung. Katakanlah alasan tak logik tu benar-benar terjadi, maka apa tanggungjawab penjaga untuk berikan rawatan yang selayaknya kepada Bella? Bukankah itu satu pengabaian?

Seperti yang ditulis oleh Puan Nor Zabetha : "Perintah penjagaan itu kuasanya sama seperti jagaan ibubapa, memelihara, menjaga dan kawalan. Penjaga mempunyai hak dan tanggungjawab ke atas anak, memastikan penjagaan, kebajikan, keselamatan dan segala urusan berkaitan anak. Tidak munasabahlah sekiranya, jika ada anak yang didera kemudian, ibu bapa menafikan. "Eh? Saya tak tau apa-apa. Mana saya tau siapa dera dia? Apa jadi dekat dia pun saya tak tau". Tidak munasabahkan? Seorang yang mempunyai penjagaan dan kawalan tetapi tidak tahu menahu."

Terlalu banyak keraguan dalam kes ini. Sangat!

Semoga siasatan berjalan dengan lancar dan individu yang bertanggungjawab mendera Bella dihumban ke dalam penjara!

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Fokus kepada isu ya. Jangan pula jadikan kes ini ruang kebebasan untuk kita lakukan body shaming.

Justice4Bella