Ibu Tunggal 4 Anak Melaka Dapat Bantuan Ihsan Kibar Bendera Putih
Seorang IBU TUNGGAL EMPAT ANAK terpaksa MENGIBARKAN BENDERA PUTIH menggunakan TUDUNG SEKOLAH selepas mereka sekeluarga TERPUTUS BEKALAN MAKANAN, SEJAK SEMALAM di Taman Merdeka di Melaka.
NORWAHEDA A. RAHIM, 40, berkata, episod pergelutan keluarganya bermula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu apabila HILANG SUMBER PENDAPATAN menjual kuih-muih di kawasan perumahan berkenaan.
Katanya, dia dan empat anaknya berusia 15, 10, 9 dan 2 tahun kemudian MENGISI PERUT DENGAN IHSAN JIRAN tetangga, selain MENGUTIP buah-buah MANGGA yang GUGUR di kawasan awam di tepi jalan.
Sebelum ini saya kutip buah-buah mangga yang gugur di tepi jalan, ada juga yang menghulurkan sumbangan dan digunakan untuk membeli telur dan sardin.
“Pelbagai Jenis Masakan saya buat menggunakan LAUK SAMA termasuk telur sambal, telur masak lemak, telur kicap. Namun, SEMALAM memang KAMI SUDAH TIDAK ADA APA-APA UNTUK DIMAKAN, sehinggalah ada yang beritahu saya untuk kibarkan bendera putih,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.