Hotel Istana, Ikon Bandaraya KL Akhirnya Bungkus Setelah 30 Tahun

Hotel Istana. Kuala Lumpur akan menamatkan perkhidmatan pada 1 September depan, 30 tahun selepas beroperasi.

Pengurus besarnya Noorazzudin Omar dalam notis penutupan kepada pekerja bertarikh 20 Jun berkata skim pemisahan sukarela sukarela ditawarkan kepada pekerja yang terjejas.

Katanya, keputusan memberhentikan operasi itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa dan mempertimbangkan segala pilihan.

“Tidak banyak pilihan yang tinggal selain meneruskan penutupan itu,” kata Noorazzudin.

Hotel itu mempunyai 486 bilik.