Hakikat Ilmu Pahlawan Mat Kilau

Mat Kilau ialah legenda pahlawan tanahair yang berjuang menentang British di Pahang sekitar lewat kurun ke-19.

Petikan kata-kata Pahlawan Mat Kilau - Bhgn 2

(Hakikat Ilmu Pahlawan)

Sekiranya hendak beramal, janganlah belajar ilmu gagah, sihir dan kebal. Semuanya itu adalah sihir.

Kalau nak beramal, beramallah dengan ayat-ayat Al-Quran tetapi bukan dengan tujuan, hendaklah sebaliknya beramal dan berzikir kerana Allah.

Bila amal itu telah jadi darah daging dengan izin Allah, kita akan selamat. Bersyukurlah kepada Allah dan jangan sesekali kita takbur dan cuba menguji kelebihan yang kita peroleh itu.

Kalau nak bersahabatlah dengan orang ghaib seperti Wali Allah, jin islam dan orang bunian. Tapi kalau nak bersahabat dengan mereka ini, jangan kita cari, biar mereka yang mencari kita.

Sebaiknya jauhilah daripada bersahabat dengan hantu syaitan yang dilaknat Allah. Selamat hidup kita dunia dan akhirat.

Sejarah Ulama & Pahlawan Melayu Silam 👇
https://youtu.be/iQIAYnrLYr8

Sumber: Warisan Kepahlawanan Mat Kilau dan Kitab Amalannya, Prof Talib Samat.