Gobok Rakyat Johor RM8 Juta Dibuka - Batu Pahat 9 Tempat
Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0
Gobok Rakyat Johor dengan peruntukan RM8 juta dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 100,000 ribu rakyat yang terkesan merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Haji Hasni Mohammad dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.
Program ini diselaraskan oleh semua Pejabat Daerah dan menyasarkan kepada golongan asnaf, fakir, B40 dan M40 atau yang terputus bekalan makanan dan barangan keperluan.
Mereka yang terkesan boleh mengambil makanan atau barangan keperluan yang disediakan di pusat-pusat Gobok Rakyat Johor mengikut daerah masing-masing.
Gobok Rakyat Johor dibuka pada golongan berkenaan pada 11 Julai 2021 (Ahad) hingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Waktu operasi bermula dari 8.30 pagi - 5.00 petang dan dibuka pada setiap hari.