BPKINI

Dato' Noraini Puas Dapat Bantu Penduduk Vaksin, Bakal Wujud PPV MRSM Parit Sulong

Jun 15, 2021

YB Dato' Dr Noraini Ahmad merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong dan Menteri Pengajian Tinggi melahirkan rasa puas program Vaksinasi Mobil 2 hari di kawasan beliau.

Semalam telah diadakan program rintis Mobile Vaccination Programme (MVP) di Parit Sulong, Johor yang diadakan selama dua hari. Program kerjasama antara Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan vaksin.

Usaha yang digerakkan oleh HCTM ini adalah merupakan antara beberapa pendekatan baharu dalam pemberian vaksin yang cuba diperkenalkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Pusat Pemberian Vaksin Institut Pengajian Tinggi (PPV IPT).

Projek rintis ini mensasarkan sebanyak 300 vaksinasi bagi penduduk setempat terutamanya bagi golongan warga emas, mereka yang tidak mempunyai capaian kepada MySejahtera, masalah kemudahan kenderaan dan lain-lain lagi.  Projek rintis ini melibatkan dua model pelaksanaan di mana satu buah PPV Satelit akan diwujudkan di Maktab Rendah Sains MARA, Batu Pahat, Johor, manakala dua unit PPV Bergerak dengan 8 orang staf vaksinasi akan bergerak ke pusat vaksinasi yang telah dikenal pasti, bagi memberi suntikan vaksin kepada 50 orang penduduk setempat dengan tumpuan kepada mereka yang kurang upaya dan berkeperluan khas.

Program rintis ini melibatkan kerjasama strategik pelbagai jabatan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam membendung penularan wabak COVID-19 serta membentuk imuniti kelompok dalam tempoh yang segera. Hasil daripada kejayaan program rintis ini, ianya akan di kembangkan ke PPV IPT yang lain.

KPT mengucapkan terima kasih kepada CITF atas peluang kerjasama yang diberikan kepada pihak IPT untuk bersama-sama menangani wabak COVID-19 di negara ini. KPT yakin dan komited bahawa inisiatif bersama ini mampu melandaikan jangkitan COVID-19.

Pada Mei 2021 yang lalu, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah mempelopori kaedah pemberian vaksin secara pandu lalu yang pertama seumpamanya di Malaysia.

BPKINI