Batu Pahat Dijangka Air Pasang Besar 2-5 Januari ini

Dijangkakan akan berlaku air pasang besar di sekitar daerah Batu Pahat, Johor pada 2 hingga 5 Januari 2022. Bencana banjir boleh berlaku sekiranya pertembungan air pasang besar dan air hujan lebat berlaku serentak pada satu-satu masa dan mengakibatkan longkang saliran bandar penuh.

Susulan ramalan tersebut YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah melawat bagi meninjau status keadaan aras air semasa sungai-sungai utama dan kemudahan penebatan banjir seperti rumah pam, stesen penyukat aras air sungai dan sistem saliran bandar di Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Batu Pahat.

Penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan pesisir pantai dan sungai-sungai utama dinasihatkan agar sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini termasuk amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkaitan selain memastikan sistem saliran air berhampiran dengan kediaman sentiasa diselenggara bagi melancarkan pengaliran air. Untuk maklumat lanjut mengenai status aras air semasa sungai-sungai di seluruh Negara, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau menerusi aplikasi MyPublicInfoBanjir.

Turut serta dalam lawatan kerja ini ialah YBhg. Dato' Ir. Dr. Md Nasir Bin Md. Noh, Ketua Pengarah, JPS Malaysia dan YBrs. Ir. Amiruddin Bin Alaldin, Pengarah, JPS Negeri Johor.

KeluargaMalaysia

WawasanKemakmuranBersama2030

AlamSekitarTanggungjawabBersama

KementerianAlamSekitarDanAir

MalaysiaLestari2030

PemulihanEkosistem

EcosystemRestoration

GenerationRestoration

MenangBersama

LindungDiriLindungSemua

Waterislife

Sanitationisdignity