BPKINI

Ahli Parlimen BP Mohon Maaf Khilaf Makan Durian PKP 3.0

Batu Pahat Jun 30, 2021

Penjelasan Isu Durian

Saya ingin menjelaskan tentang isu video yang tular semalam mengaitkan keberadaan saya dalam dusun durian.

Saya mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawab soalan tersebut tanpa menonton sendiri video pada awalnya.

Setelah selesai mengadap Yang DiPertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya.

Untuk makluman, sememangnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga kini, saya sering menerima aduan daripada pekebun kecil termasuk pengusaha sayur dan buah-buahan yang mengalami kesukaran menjual hasil tanaman mereka berikutan jualan yang merosot.

Setelah meneliti, salah satu video yang tular semalam merupakan lawatan saya ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat yang mana turut terkesan berikutan PKP ini.

Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja YBM Zuraidah Kamaruddin ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan Menteri untuk dibawa pulang.

Selepas rombongan Menteri pulang, saya dibawa ke kebun oleh salah seorang pengusaha pada sebelah petang bagi mendengar permasalahan yang dihadapi dan berbincang lanjut.

Setiba saya di kebun, pengusaha kebun durian tersebut menghidangkannya kepada kami. Saya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurkan.

Selepas perbincangan tamat, saya terus meninggalkan program awal kerana perlu pulang ke Kuala Lumpur.

Saya mohon maaf atas kekhilafan ini dan menyerahkan siasatan lanjut dan saya berjanji untuk memberikan kerjasama kepada pihak PDRM.

DATO HAJI MOHD RASHID HASNON
30 Jun 2021

Tags

BPKINI