Ahli Parlimen Batu Pahat pula Diselar Pergi Luar Negara Ketika Banjir
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohd Rashid Hasnon mempertahankan tindakannya melakukan lawatan kerja ke luar negara.
"Saya berada di Vienna dalam lawatan kerja. Saya di sini atas kapasiti saya sebagai wakil rakyat, sebagai ahli Parlimen.
"Saya melawat beberapa negara untuk bertemu rakan sejawatan saya atas kapasiti saya sebagai timbalan speaker," kata Rashid, dipetik The Vibes.
Semalam Kartunis Zunar mengkritik Rashid kerana melakukan lawatan ke luar negara ketika sesetengah negeri dilanda banjir.
ADS
Ketika berita ini ditulis, ciapan Zunar dikongsi sebanyak 449 kali.
Zunar turut memaparkan gambar yang menunjukkan isteri Rashid turut sama mengikuti rombongan Rashid ke luar negara.
"Seronoknya pergi luar negara timeni. Apa komen anda?" soal Zunar.