BPKINI

15 Mat Rempit Diserkup Dalam Ops Motorsikal Parit Bakong, Senggarang

Batu Pahat Jun 27, 2021

OPS MOTOSIKAL BSPTD BATU PAHAT

Pada 26/06/2021 jam lebih kurang 6.30 petang sepasukan Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Batu Pahat bersama anggota Balai Polis Senggarang telah menjalankan  Op Motorsikal di Parit Bakong,Senggarang. Operasi dijalankan bersangkut aduan orang awam terhadap remaja yang menunggang motorsikal di atas pelbagai kesalahan dan juga aktiviti berlumba di jalankan Parit Bakong yang telah mengganggu ketenteram dan kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut.

Pihak polis telah melancarkan Op Motorsikal di kawasan tersebut dan telah berjaya menahan seramai 15 orang remaja lingkungan umur diantara 16 tahun sehingga 21 tahun di atas pelbagai kesalahan. Pihak Polis juga telah membuat dua tangkapan terhadap remaja Melayu  di bawah Seksyen 42 APJ 1987 iaitu menunggang secara melulu dan merbahaya sehingga membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalanraya yang lain. Salah seorang darinya turut disiasat dibawah Seksyen 186 KK kerana enggan memberi kerjasama semasa hendak dipereksa dengan cuba melarikan diri dan menggilis kaki salah seorang anggota Polis yang bertugas.

Sebanyak 58 helai saman Pol 257 telah dikeluarkan diatas pelbagai kesalahan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 (Pindaan 2020) dan Seksyen 186 KK.

Pihak polis menasihatkan kepada pengguna jalanraya agar tidak melakukan aksi - aksi yang merbahaya kerana perbuatan aksi tersebut merbahaya kepada nyawa sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain.

Ibu bapa dinasihatkan supaya memantau pergerakan anak anak agar tidak terjebak dengan gejala sosial tersebut.

Terima Kasih

KPD BATU PAHAT

Tags

BPKINI